Timbalan Presiden GPMS Syed Anuar Syed Mohamad berkata kewujudan blog yang dinamakan Daulat Tuanku dan SMS itu adalah berikutan rasa tanggungjawab GPMS terhadap beberapa isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
gpms daulat tuanku blog website 220508"Blog dan SMS ini bertujuan memberi ruang kepada semua kaum terutama golongan belia memberi pandangan terhadap isu berkaitan perpaduan kaum sebagai tanda pendirian mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman blog itu semalam.
Menurut laporan Bernama, orang ramai yang mempunyai pandangan atau komen mengenai sebarang isu semasa yang melibatkan perpaduan kaum di negara ini, boleh menyuarakan pendapat menerusi lamanweb www.daulattuanku.blogspot.com atau menerusi SMS dengan menaip DT
Setiap SMS akan dikenakan caj 50 sen dan GPMS akan memberikan maklumbalas dengan kadar segera pada sebarang pertanyaan daripada orang ramai, katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas pandangan GPMS sebagai sebuah badan bukan kerajaan mengenai keadaan politik negara, Syed Anuar berkata: "Kami yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan biarlah mereka yang menyelesaikan masalah dalam parti mereka".
sumber: malaysiakini
No comments:
Post a Comment