Saturday, May 17, 2008

Kisah Anjing dan Serigala

Assalamualaikum. ..
'Anjing dan Serigala'
Pada suatu malam, seekor serigala keluar berburu. Ia berasa sangat lapar.
Sudah dua hari ia tidak memperoleh sebarang makanan. Setelah beberapa
lama berjalan, serigala ternampak seekor anjing sedang berehat. Serigala
pergi ke arah anjing itu.
"Apakah yang kamu buat di sini?" tanya serigala.
"Sebenarnya saya sedang bekerja" jawab anjing.
"Apakah pekerjaan kamu? Saya lihat kamu hanya berehat dari tadi" kata serigala
"Setiap malam saya akan menjaga rumah tuan saya. Saya akan pastikan tidak ada
pencuri yang dapat masuk ke rumah itu" jawab anjing.
"Sudah tentu kamu dijaga dengan baik oleh tuan kamu. Kamu juga tidak perlu mencari
makanan seperti saya" kata serigala.
"Tuan saya menjaga saya dengan baik dan memberi saya makanan yang cukup. Saya
tidak perlu mencari makanan seperti kamu" kata anjing.
"Bolehkah saya menjadi seperti kamu? Saya tidak mahu berlapar lagi jika tidak dapat
mencari makanan" kata serigala.
"Baiklah, saya akan bawa kamu berjumpa tuan saya" kata anjing.
Serigala berasa sungguh gembira. Ia tidak perlu bersusah payah mencari makanan lagi.
Serigala berjalan mengekori anjing tersebut. Tiba-tiba ia ternampak parut pada sekeliling
leher anjing itu.
"Mengapakah leher kamu ada parut seperti itu?" tanya serigala.
"Oh, ini kesan daripada rantai yang dipakaikan pada leher saya. Pada siang hari, saya akan
dipakaikan rantai oleh tuan saya. Saya juga dimasukkan ke dalam rumah yang dikhaskan
untuk saya. Saya hanya dilepaskan pada waktu malam" kata anjing.
"Kalau begitu, saya tidak mahu bekerja seperti kamu. Saya tidak sanggup dirantai atau
dikurung setiap masa. Biarlah saya hidup bebas seperti sekarang walaupun susah" kata
serigala lalu meninggalkan anjing.
# Moral- Kita mesti berusaha untuk

No comments:

Disclaimer :

Semua post adalah dari sumber terbuka atau seperti disenaraikan. Sebarang bantahan terhadap post hendaklah di e-melkan kepada altisburuk@gmail.com.