Monday, June 9, 2008

Dua pelajar jahit mulut

TANDA PROTES: Seorang pelajar menjahit kedua bibirnya sebagai bantahan kenaikan harga minyak di Jakarta semalam.

JAKARTA: Dua pelajar Indonesia menjahit mulut masing-masing dan menyertai tunjuk perasaan bersama kira-kira 20 pelajar lain di kampus Jakarta bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk menurunkan harga minyak yang dinaikkan di negara itu bulan lalu.

Kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30 peratus sehingga mencetuskan banyak tunjuk perasaan di negara itu berikutan jutaan penduduk kini tertekan dengan krisis kenaikan kos tenaga dan makanan.

Kerajaan negara terbabit berkata mereka tidak memiliki pilihan lain dan terpaksa mengurangkan subsidi minyak bernilai bilion dolar setahun kerana tidak mampu lagi menanggung kos minyak yang meningkat di pasaran dunia.

Langkah itu dijangka memberi kesan besar terhadap pilihan raya parlimen dan presiden negara itu yang akan diadakan tahun depan.

"Kami akan terus menggesa kenaikan itu dibatalkan," kata jurucakap pergerakan pelajar universiti dikenali Forum Kota, Nando Sidabutar.

Katanya, semua pelajar berjanji tidak akan berganjak sehingga kerajaan menurunkan kembali harga minyak malah pelajar dari universiti lain menyatakan persetujuan akan turut menyertai tunjuk perasaan berkenaan. - Reuters

Sumber:BH

No comments:

Disclaimer :

Semua post adalah dari sumber terbuka atau seperti disenaraikan. Sebarang bantahan terhadap post hendaklah di e-melkan kepada altisburuk@gmail.com.