Monday, November 3, 2008

DICEKUP...Norman dan Memey

Norman, Memey boleh dipenjara dua tahun






DICEKUP...Norman dan Memey akan dibicarakan sebulan
selepas ditangkap.


SHAH ALAM: Pasangan pelakon, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, bakal berdepan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan selepas ditahan berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jumaat lalu.

Kedua-duanya dijangka dibicarakan serentak di Mahkamah Syariah dalam tempoh sebulan selepas tarikh tangkapan tetapi tidak dapat dipastikan di mahkamah mana ia berlangsung.

Sumber Jais yang enggan dikenali, berkata mana-mana pasangan yang disabitkan terbabit dalam khalwat boleh didenda maksimum RM3,000 jika sabit kesalahan.

“Berdasarkan hukuman untuk kesalahan khalwat, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.


“Hukuman berkenaan pula terpulang kepada hakim dan tidak semestinya jika ia kesalahan pertama maka hanya denda saja dikenakan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Norman dan Memey ditangkap khalwat sepasukan penguat kuasa Jais yang menerima maklumat awam berkaitan kedua-duanya ketika berada di pejabat pelakon lelaki terbabit di Ukay Perdana.

Ketika ditahan jam 2 pagi, tujuh penguat kuasa Jais menemui Memey di tingkat bawah premis itu manakala Norman yang juga pelakon drama Gerak Khas ditemui di bahagian lain.

Mereka berpakaian lengkap ketika ditahan dan isteri Norman, Abbdy Abadi, 30, pula memaklumkan mahu suaminya itu menyelesaikan kes itu sebelum berbincang berkaitan hal perkahwinan mereka.

credit:hmetro

No comments:

Disclaimer :

Semua post adalah dari sumber terbuka atau seperti disenaraikan. Sebarang bantahan terhadap post hendaklah di e-melkan kepada altisburuk@gmail.com.