Tuesday, December 18, 2007

metro: ape nk jadi da..

KUALA LUMPUR: Sudahlah menjadikan isteri orang umpama isteri sendiri, seorang kasanova Pakistan turut mengugut suami wanita berkenaan kerana marah selepas dia dan kekasihnya hampir dicekup berkhalwat di sebuah kondominium di Bukit Jalil di sini, baru-baru ini.

Lelaki Pakistan berusia awal 40-an itu tidak puas hati selepas suami wanita terbabit bersama anggota polis dan pegawai masjid cuba memberkasnya atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang di kondominiumnya.

Lebih biadab lagi lelaki terbabit didakwa bertindak kasar terhadap anak kecil wanita berkenaan yang berusia tiga tahun ketika mengikut mereka memadu kasih.

Menurut sumber, dalam serbuan jam 6.20 petang 9 Disember lalu, kelibat pasangan terbabit memasuki kondominium diperhatikan suami wanita berkenaan.



“Suami wanita itu kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada jawatankuasa masjid dan anggota polis.

“Ketika serbuan, pasangan itu enggan membuka pintu walaupun diketuk kira-kira 20 minit,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketika pasukan berkenaan berada di pintu depan rumah berkenaan, lelaki Pakistan yang mendapat taraf pemastautin tetap (PR) itu dipercayai terjun melalui tingkap tingkat satu kondominium terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian berlagak seperti tiada apa-apa berlaku di kediamannya apabila dia tiba-tiba muncul di depan rumah berkenaan dan mula menunjukkan kebiadabannya dengan mengugut suami wanita terbabit yang turut berada di tempat kejadian.

“Lelaki itu kemudian membuka pintu rumahnya dan apabila diperiksa, wanita berkenaan berada dalam kediaman itu,” katanya.

Sumber itu berkata, berikutan kejadian berkenaan, suami wanita terbabit membuat laporan polis mengenai ugutan jenayah yang diterimanya.

Berikutan aduan itu, katanya, polis menahan lelaki Pakistan terbabit di rumahnya, Sabtu lalu.

“Siasatan mendapati lelaki Pakistan dan isteri mangsa berkenalan setahun lalu di sebuah gimnasium di ibu kota.

“Sejak itu, mereka sering memadu kasih termasuk bercuti di luar Kuala Lumpur,” katanya.

Lelaki itu berhijrah ke negara ini beberapa tahun lalu dan bertugas sebagai pengurus di sebuah agensi kerajaan di ibu kota.

Dia ditahan reman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kerana melakukan ugutan jenayah.

No comments:

Disclaimer :

Semua post adalah dari sumber terbuka atau seperti disenaraikan. Sebarang bantahan terhadap post hendaklah di e-melkan kepada altisburuk@gmail.com.