Saturday, March 7, 2009

Majalah 3: Ulat Mulong

Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3
minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd
Kitab "Sabilal Muhtadin" .

Ulat Mulong

Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum
makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah
sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau
buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan
bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan
sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan
ulatnya ikut termakan sekali".

Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut
kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.
Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah
hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh
mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132
serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal
Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat,
dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul
Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya
memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar
beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada
penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah
haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan
kera
menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya
seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin Mohon sebaran

1 comment:

Anonymous said...

xsang.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading xsang.blogspot.com every day.
payday loans ontario
payday loans in canada

Disclaimer :

Semua post adalah dari sumber terbuka atau seperti disenaraikan. Sebarang bantahan terhadap post hendaklah di e-melkan kepada altisburuk@gmail.com.