Saturday, November 22, 2008

Michael Jackson converts to Islam


LOS ANGELES, Nov. 21 (UPI) -- Pop star Michael Jackson has converted to Islam at a ceremony in Los Angeles attended by Yousef Islam, the singer formerly known as Cat Stevens, sources say.

Jackson, whose once-amazing career has been eclipsed in recent years by reports of bizarre behavior, as well as legal and financial troubles, is said to have changed his name to Mikaeel and taken the shahada -- or made a declaration of belief -- as part of his conversion to Islam, Al-Arabiya said Friday.

The religious ceremony reportedly took place at the Hollywood Hills home of Toto keyboardist Steve Porcaro, who composed music for Jackson's iconic "Thriller" album.

Jackson's lawyer said the singer has agreed to testify in person next week at a $7 million breach-of-contract lawsuit brought against him in London's High Court by the king of Bahrain's son, Sheik Abdulla bin Hamad bin Isa Al-Khalifa.

The sheikh is suing Jackson for allegedly backing out of a business venture that was to produce an album, including songs the royal wrote for and planned to record with Jackson, as well as an autobiography and a stage play.

However, Jackson contends he never signed an official agreement and insists the payments he received from the sheik were "gifts," claiming the royal's case is based on "mistake, misrepresentation and undue influence."


LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby � seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa � bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. � Agensi

Wednesday, November 5, 2008

Barack Obama cipta sejarah


Keputusan Pilihanraya AS 2008

PERWAKILAN >>

CALON BIL UNDIAN
Demokrat 349
Republikan 163

SENAT >>

CALON BIL UNDIAN
Demokrat 56
Republikan 40


Kemenangan Barack Obama sebagai presiden kulit hitam pertama.“Kemenangan Obama dilihat sebagai membawa perubahan dan suasana yang menggalakkan dalam nilai dan percaturan dunia antarabangsa,” kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim.

Pemimpin dunia hari ini mengalu-alukan kemenangan cemerlang Barack Obama yang dipilih Presiden baru Amerika Syarikat yang disifatkan satu permulaan era baru.
Cuti umum diisytihakan di Kenya — negara kelahiran ayah Obama - sebagai mengalu-alukan kemenangan rakyat kulit hitam pertama mendiami Rumah Putih.

“Kemenangan cukup cemerlang sebagai hadiah kerana komitmen dan perjuangan anda (Obama) untuk berkhidmat kepada rakyat Amerika serta memperjuangkan demokrasi di Amerika," kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

“Dengan memilih anda, rakyat Amerika mahukan 'perubahan, keterbukaan dan optimisme," kata Sarkozy sambil mengucapkan tahniah kepada senator berusia 47 tahun itu yang mengalahkan calon Republikan, John McCain.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown pula memuji Obama sebagai ahli polilik yang 'bertenaga'.

"Nilai progresif dan wawasannya amat terserlah," katanya.

Canselor Jerman, Angela Merkel pula berkata kerajaannya akan meletakkan kepentingan untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan pimpinan Obama.

Presiden China, Hu Jintao pula berkata: “Dalam era baru penuh bersejarah hari ini, saya amat berharap dapat berbincang mengenai hubungan dua hala yang lebih baik dan konstruktif dengan kepemimpinan Obama."

Perdana Menteri Jepun, Taro Aso pula berjanji kerajannya akan bekerjasama lebih kukuh dengan kepemimpinan baru AS.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh pula menyifatkan kemenangan Obama sebagai 'luar biasa' dan menjemput Obama melawat India.

Presiden Mexico, Felipe Calderon pula meminta Obama melawat negeri selatan Amerika yang bersempadan dengan negaranya.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd pula berkata kemenangan Obama adalah satu petunjuk kepada soal 'kehendak kesaksamaan'.

“Empat puluh lima tahun lalu, Martin Luther King mengimpikan kesatuan Amerika, dengan lelaki dan wanita tidak diadili berdasarkan warna kulit saja, tapi kebolehan mereka.

“Hari ini Amerika sudah menunaikan impiannya itu menjadi satu realiti," katanya.

Presiden Suruhanjaya Kesatuan Europah, Jose Manuel Barroso pula meminta kepemimpinan baru Rumah Putih itu melakukan 'komitmen baru' bersama negara dunia lain untuk menangani krisis ekonomi dan kewangan global. - AFP

GO OBAMA!!!

Monday, November 3, 2008

DICEKUP...Norman dan Memey

Norman, Memey boleh dipenjara dua tahun






DICEKUP...Norman dan Memey akan dibicarakan sebulan
selepas ditangkap.


SHAH ALAM: Pasangan pelakon, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, bakal berdepan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan selepas ditahan berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jumaat lalu.

Kedua-duanya dijangka dibicarakan serentak di Mahkamah Syariah dalam tempoh sebulan selepas tarikh tangkapan tetapi tidak dapat dipastikan di mahkamah mana ia berlangsung.

Sumber Jais yang enggan dikenali, berkata mana-mana pasangan yang disabitkan terbabit dalam khalwat boleh didenda maksimum RM3,000 jika sabit kesalahan.

“Berdasarkan hukuman untuk kesalahan khalwat, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.


“Hukuman berkenaan pula terpulang kepada hakim dan tidak semestinya jika ia kesalahan pertama maka hanya denda saja dikenakan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Norman dan Memey ditangkap khalwat sepasukan penguat kuasa Jais yang menerima maklumat awam berkaitan kedua-duanya ketika berada di pejabat pelakon lelaki terbabit di Ukay Perdana.

Ketika ditahan jam 2 pagi, tujuh penguat kuasa Jais menemui Memey di tingkat bawah premis itu manakala Norman yang juga pelakon drama Gerak Khas ditemui di bahagian lain.

Mereka berpakaian lengkap ketika ditahan dan isteri Norman, Abbdy Abadi, 30, pula memaklumkan mahu suaminya itu menyelesaikan kes itu sebelum berbincang berkaitan hal perkahwinan mereka.

credit:hmetro

Cerita Peminat fanatik Mawi..

Peminat MAWI kat tanjung Rambutan

Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.



Kata pengawal itu dalam hatinya,tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain. sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.



Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?

Jawab pesakit mentaltu.....

Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak....

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya..betul jugak

Disclaimer :

Semua post adalah dari sumber terbuka atau seperti disenaraikan. Sebarang bantahan terhadap post hendaklah di e-melkan kepada altisburuk@gmail.com.