Thursday, October 30, 2008

KUIH...

SUAMI : awk tahu buat kuih biji nangka?

ISTERI: kuih biji nangka? tau sesangat..

SUAMI: kuih tepung gomok.

iSTERI: tau.

SUAMI: Haa..kuih ni mesti awk tak reti buat.Kuih puteri mandi.

ISTERI: hek'eleh! Kuih tu buat celah gigi aje nak buat.

SUAMI: Dah tu apsal asyik buat cekodok,cekodok,cekodok,goreng pisang,cekodok,cekodok,goreng pisang,cekodok,cekodok?

ISTERI:Makan je la!!!

Thursday, October 23, 2008

Cerita seram di Bukit Putus..18PL

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?,Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu

Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak, terkeluar dari mulutnya Tapi hatinya masih lagi was-was Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni seorang diri pulak tu

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika Tiba-tiba dia mula merasa seram meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih ditambah lagi dengan baju yang dipakainya

Dia pun beranikan diri dan bertanya

kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat
Saya ada kelas yasin jawab perempuan tu
Tapi.. putihnya lain macam aje tak pernah pulak saya tengoknya
tanya lelaki tu lagi.
Apa yang lain nya sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??
Eyea lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya
Ehh takkan sampai seram

Pakai aje le Breeze colour baru!!!

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje ..
Wassalam

Rezeki Jadi Luas kalau ......... reminder..

Assalamualaikum Semua
Teman dapat nie dari kawan kepada kawan ..kawan..kawan. .. teman ... moga kita dapat manfaat bersama

S aya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

S aya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

P ernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

T api kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."
(Surah al-Baqarah, ayat 272).


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ' Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."


saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa???.

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

Monday, October 13, 2008

CREDIT CRUNCH : MUSTAHIL BERLAKU DALAM EKONOMI ISLAM

KRISIS KREDIT INI UMPAMA PENYAKIT SIPLIS

Pada zaman kegemilangan Islam, penyakit siplis tidak dijumpai dalam Negara Islam. Ia dikenali sebagai penyakit orang Eropah(European Man Disease). Ini kerana perlaksanaan hukum Islam memustahilkan penyakit ini merebak.



Begitu juga dengan krisis kredit in, ia mustahil berlaku dalam negara Islam. In kerana asas ekonomi Islam sama sekali berbeza dengan kapitalisme. Penyakit kronik ini akan membawa kepada ajal kapitalisme sebentar lagi.



KESAN TERHADAP US, EU DAN ASIA



Pengerusi Federal Reserve (FED), Ben S. Bernanke, dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Henry Paulson, mengumumkan US memerlukan bantuan antarabangsa untuk menangani krisis kredit yang sedang melanda. Malah mereka turut mengakui bahawa krisis ini telah melanda US sejak 14 bulan lepas. Ini memaksa FED melakukan bailout terhadap BEAR STEARN sebanyak US30billion, FANNIE MAE & INDY MAC (US200billion) , AIG (US85billion) WALL STREET (US700billion) . Perkembangan terbaru menunjukkan AIG, Lehman dan Wall Street memerlukan bantuan tambahan. US juga memberi amaran, sekiranya antarabangsa tidak turut serta membantu kesannya akan dirasakan keseluruh dunia. Malah krisis ekonomi dunia yang lebih teruk dari tahun 1930 mungkin terjadi jika ia tidak ditangani dengan baik.

Kesan ini sememangnya dirasakan diseluruh dunia. Bursa saham Miscex Russia jatuh 19% secara mendadak dan merupakan tahap terendah dalam tempoh 2 dekad. Petunjuk bursa saham bagi 23 buah Negara mendapati ia telah turun sebanyak 30% ke paras terendah sejak tahun 1970. Di German kerajaan terpaksa memberi bantuan sebanyak USD68billion untuk menyelamatkan Hypo Real Estate. Manakala kerajaan Perancis menyuntik 6.4billion Euro terhadap Belgian Bank. Manakala banyak lagi bank-bank Eropah yang sedang tenat seperti Fortis, ING(Belanda) , KBC ( Belgium ), Natixis(Perancis) dan UniCredit (Itali). Dalam masa US menuntut kerjasama Eropah, pemimpin EU tidak henti-henti menyalahkan US dan menuntut US bertanggungjawab.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menyatakan Asia akan menerima kesan dari krisis kredit ini kerana Asia adalah pengeluar produk utama kepada US dan Eropah. Walauoun memiliki rizab tukaran asing sebesar USD3trillion dan kadar simpanan yang relative tinggi berbanding Eropah dan US , negara-negara Asia turut terhimpit akibat dari krisis kredit ini, Pasaran saham merudum teruk dari Tokyo hingga ke Mumbai. Paling menakutkan sedikit masa lagi adalah penarikan keluar modal syarikat Eropah dan US untuk menampung kerugian mereka yang berkemungkinan besar menyebabkan kegawatan ekonomi yang lebih parah berbanding 1998. Reuters melaporkan Malaysia antara negara yang dijangka akan menerima kesan teruk kerana 1/3 hutang Malaysia adalah dibuat oleh pelabur asing. Pelabur-pelabur asing ini telah mula menarik modal mereka keluar yang dijangka mengakibat ramai yang akan dibuang kerja dan kegawatan ekonomi.



KRISIS ADALAH LUMRAH KAPITALISME

Dr. Thahir Abdul Muhsin Sulaiman menyebut krisis dalam system ekonomi kapitalisme memang bersifat suatu kitaran. Ertinya perrtumbuhan ekonomi yang terjadi hanyalah putaran menuju puncak dan akan jatuh ke lembah krisis kembali.



Harry Shutt dalam Destroy of Capitalisme( 2005) menyebut bahawa kapitalisme kini sedang mengalami gejala-gejala utama kegagalan secara sistemik. Misalnya semakin pertumbuhan ekonomi yang semakin lesu dan semakin sering terjadinya krisis kewangan.



Jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia, Ustaz Ismail Yusanto pula menyebut sistem sistem ekonomi kapitalisme sebagai self-destructive( menghancurkan diri sendiri)




BAGAIMANA KRISIS KREDIT INI BERMULA?

Di Amerika Syarikat, jumlah mereka yang tidak mampu membeli rumah adalah terlalu ramai. Wujudnya terlalu ramai orang yang tidak layak meminjam(sub prime) ini telah memberi kesan buruk kepada sektor hartanah, perbankan, pembinaan dan insurans sehingga satu tahap kritikal sekitar 1990an. Untuk itu US mula membenarkan golongan sub prima ini membuat pinjaman untuk membeli hartanah tetapi dengan kadar faedah dan perlindungan insurans yang sangat tinggi.

Kesannya, harga hartanah tadi melambung berkali ganda. Kemudian mereka malah menerbitkan bon dari hutang-hutang sub prima tersebut. Maka nilai non real hartanah terus meningkat sehingga ia menjadi trend di US. Di satu sisi sektor hartanah, perbankan dan insurans kelihatan perkembang. Hakikatnya adalah seperti data Moody’s ratio of Credit Downgrades to Upgrades adalah pola kredit perbankan yang semakin menurun sejak 1993 yang membahayakan sektor perbankan itu sendiri.

Krisis sub prima ini mula dirasakan sejak 2007, apabila mereka tidak mampu membayar hutang bon-bon yang diterbitkan dan bank tidak mampu untuk memberikan pinjaman untuk pembiyaan semula. US cuba menangani krisis ini dengan membuat spekulasi terhadap pasaran hadapan komoditi seperti bahan makanan dan bahan api untuk menjual lebih banyak dollar tetapi hanya berjaya buat seketika.

Dalam masa yang sama, krisis sub prima mencapai takat didih sehingga bank tidak cukup kredit. Permasalahan paling kritikal adalah nilai real hartanah yang dijadikan bon adalah terlalu kecil berbanding bon yang dikeluarkan. Tentunya bank hartanah seperti Indi Mac, Fannie Mae dan Lehman Brothers paling teruk menerima kesannya, diikuti syarikat inusrans terbesar dan merebak ke pasaran saham Wall Street. Sekarang, krisis yang bermula di Negara Uncle Sam ini telah merebak ke seluruh dunia.




.KRISIS KREDIT MUSTAHIL BERLAKU DALAM EKONOMI ISLAM

1)Perbezaan fundamental adalah Islam memandang matawang sebagai alat tukaran sedangkan kapitalisme memandang matawang komoditi dagangan.

2) Sistem matawang Islam adalah bersandarkan emas dan perak. Sedangkan kapitalisme hanyalah fiat money yang hampir tiada sandaran emas. Kapitalis telah menerapkan sistem matawang bersandarkan hutang (debt based moneytary system) yang membolehkan mereka menjana wang dari hutang yang mana ia dijadikan asas ekonomi.

3) Islam melarang riba sedangkan faedah adalah asas bagi sistem matawang bersandarkan hutang yang telah diterapkan sejak 1973 hingga kini.

4) Dalam Islam tiada perkongsian non real sebagaimana sektor non real yang mendominasi ekonomi kapitalisme yang lahir dari spekulasi.


CREDIT TO:jemaah-islam.blogspot

Tahukah Anda Tentang Iblis ?

Siapakah Musuh Iblis?

Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya:
"Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku" Jawab iblis :
"Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Kepala Negara (Imam) yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain
sedang tidur

Siapakah Kawan Iblis?
Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari
umatku?"
Jawab iblis: "Sepuluh orang" iaitu:
1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan)

Sembang Kak Cham: Apabila Shah Rukh Khan dapat gelaran 'Datuk'

BERKOCAKLAH sedikit meja hiburan apabila Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran 'Datuk'. Yang tanya itu pun bukan kalangan artis tetapi pembaca setia akhbar Berita Harian khususnya yang gemarkan ruangan sisipan Hip.

Mereka bertanya teman, apa kesnya Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran tinggi itu. Kata kalangan ini lagi, apakah sumbangan aktor terkenal Bollywood itu dalam dunia hiburan kita sehingga melayakkan dirinya untuk bergelar ‘Datuk’?

Kalau setakat gemar datang Melaka, kata mereka, rasanya artis kita pun ramai yang gemar pergi Melaka, makan ikan bakar, melawat A Farmosa dan tempat bersejarah di Melaka. Maksud mereka, biarlah alasan untuk memberi anugerah itu nampak logik dan bukan jadi bahan senda dan ketawa masyarakat.

Mereka juga berpendapat ramai lagi artis kita yang layak diberi anugerah itu seperti Ratu Jazz Sheila Majid, aktres tersohor negara Azean Irdawaty dan juga sifu muzik M Nasir. Mereka juga bimbang kalau aktor seperti Shah Rukh Khan pun mesti dipanggil ‘Datuk’, barangkali tak mustahil Amitabh Bachan pula akan dapat gelaran ‘Tan Sri’ atau pun ‘Tun’.

Teman katalah juga, nak dapat gelaran ‘Tan Sri’ atau ‘Tun’ perlu jadi ‘Datuk’ dulu. Tetapi kata mereka, dalam situasi sekarang ini macam-macam boleh berlaku macam cempedak tiba-tiba jadi nangka!

Kalau tanya teman, memanglah tak ada jawapannya kerana pertamanya bukan teman yang bagi gelaran itu dan keduanya bukan hak teman nak tentukan siapa layak dan siapa pula yang tidak. Bukan kerja teman pun. Itu kena tanya pihak yang beri gelaran itulah.

Tetapi teman faham benarlah sentimen kalangan yang bertanya soalan itu kerana kalau ikutkan siapalah Shah Rukh Khan itu. Bukan rakyat Malaysia pun. Bukan macam Michelle Yeoh yang juga dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’. Pelakon yang semakin galak mencipta nama di Hollywood itu sekurang-kurangnya anak kelahiran Ipoh, Perak.

Shah Rukh Khan? Barangkali dia sekadar menjadi minat mereka yang kaki wayang Hindustan dan kegilaan gadis remaja dan wanita separuh umur yang berpendapat dia seorang aktor yang kacak gila. Faktor kacak ini pun subjektiflah kerana ada yang kata tak handsome manapun Shah Rukh Khan itu. Rupanya lebih kurang macam pekerja Bangla. Jadi, kalangan yang tak sependapat dengan mereka yang mengatakan pelakon itu kacak, naik hairan apabila ada yang tergila-gilakannya.

Itu teman tak masuk campurlah. Suka hatilah kerana cita rasa masing-masing. Kalau ikutkan mata teman, aktor Hollywood, Brad Pitt paling kacak. Suatu ketika dulu Robert Redford dan Michael Douglas. Bagaimanapun tetap kacak di mata teman adalah Rosyam Nor walaupun ada yang kata Rosyam sudah tak handsome. Tetapi bagi teman dia tetap handsome. Sekarang lagilah nampak kacak sebab perangai dan budi pekertinya memang terpuji.

Berbalik kepada soal gelaran tadi, hakikatnya begitulah dalam tempoh 10 tahun ini. Gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datin’ sudah menjadi begitu lumrah dan bunyi murah pula sehinggakan ada yang kata kalau baling batu, pasti ada yang terkena kepala si Datuk dan si Datin.

Bagaimanapun teman begitu pasti ada yang tidak sependapat kerana bagi sesetengah orang gelaran itulah yang menjadi laluan mudah untuk banyak perkara terutama soal pengaruh, kuasa, imej dan bisnes. Kalau dulu orang tak berapa hendak peduli tetapi dengan gelaran, orang pasti buka mata. Ya Datuk, Ya Datin! Kebanyakannya dapat layanan VIP. Duduk pun di main table saja. Tak payah beratur, semuanya dapat laluan istimewa. Ibaratnya macam hari-hari lalu red carpet!

Tetapi bagi teman, gelaran itu tentunya datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab untuk memastikan perilaku yang mulia agar setanding dengan gelaran yang digalas itu. Ia bukan sangat soal hendak dapat layanan VIP atau duduk di main table saja dan menaiki kereta atau rumah mewah.

Sudahlah teman pun tak hendak mengomel panjang mengenai perkara ini bimbang nanti ada yang sensitif pula. Atau ada yang akan kata, teman ni bunyinya macam anggur masam kerana tak dapat gelaran apa-apa. Hakikatnya kalau Aiman tak kisah, teman pun tak kisah juga mengenai gelaran kerana teman lebih senang dengan kehidupan teman yang santai bersahaja. Nak naik teksi pun tak siapa nak peduli! Oklah jaga diri, jumpa lagi!


credit to: kak cham BH

Disclaimer :

Semua post adalah dari sumber terbuka atau seperti disenaraikan. Sebarang bantahan terhadap post hendaklah di e-melkan kepada altisburuk@gmail.com.